BEST TRICEPS WORKOUT – HOME EDITION

SENAMAN TERBAIK MEMBINA OTOT TRICEPS – HOME WORKOUT EDITION

sixpack-logo

 

Kali ini kami dari The Sixpackerz akan berkongsi tentang teknik dan senaman otot triceps dirumah menggunakan muscle rope. Teknik yang kebiasaannya hanya dilakukan di gym kini boleh dilakukan dirumah sahaja. Teknik seperti triceps extension, triceps pushdown dan triceps kickback workout.

Klik sini untuk detail senaman otot biceps: http://bit.ly/2klnXVw 

 maxresdefault-1

Kenapa perlu senaman triceps?

Senaman triceps penting kerana triceps yang kuat akan menyokong pergerakan compound movement yang lain yang memerlukan gerakan menolak atau ‘push movement’ seperti chest workout.

Senaman triceps juga akan menjadikan lengan anda lebih besar kerana terdapat lebih banyak otot di triceps (tri = tiga) berbanding otot biceps (bi = dua). Jadi latihan triceps meliputi lebih banyak otot dan lengan menjadi lebih besar.

Jadi, jika anda mahukan lengan yang lebih besar, lebihkan senaman triceps dalam rutin senaman anda!

Best-Triceps.jpg

 

Dalam sesi ini kami akan bincangkan lebih detail lagi tentang teknik senaman dan latihan triceps menggunakan alat senaman Muscle Rope dari The Sixpackerz.

Terdapat beberapa jenis senaman triceps yang boleh dilakukan menggunakan Muscle Rope.  Jom teruskan membaca!

 

 TRICEPS PUSHDOWN

standing-triceps-extension.jpg

Senaman ini sama seperti triceps pushdown yang biasa dilakukan di gym. Pasangkan door anchor di pintu dan berdiri 1 meter daripada pintu, pastikan tali berada pada keadaan tegang. Mulakan gerakan dengan keadaan siku rapat dengan tubuh, tapak tangan menghadap ke bawah, tangan berada pada paras dada.

Luruskan tangan sambil menghembuskan nafas.

Kembali ke posisi asal sambil menarik nafas.

Lakukan senaman triceps pushdown menggunakan Muscle Rope ini untuk 10-12 reps dengan bebanan berbeza kombinasi tali.   

 

OVERHEAD TRICEPS EXTENSION

forward-triceps-extension.jpg

Senaman triceps dirumah ini dilakukan dengan memasangkan DOOR ANCHOR (disediakan) dipintu.

Berdiri dengan belakang menghadap ke pintu. Pastikan back straight. Mula gerakan dengan keadaan kedua tangan di belakang kepala dan perlahan-lahan gerakkan tengan kehadapan kepala sehingga selari dengan mata sambil menghembuskan nafas. Kembali ke posisi asal sambil menarik nafas.

Pastikan kedua siku berada pada posisi 12inci antara satu sama lain dan kekalkan siku pada posisi sama sepanjang pergerakan.

 

 

TRICEPS KICKBACK

standing-two-arm-triceps-kickback.jpg

Senaman triceps kickback menggunakan Muscle Rope ini sangat mudah dilakukan dirumah.

Mulakan gerakan dengan door anchor dipasang pada pintu, berdiri 1 meter daripada pintu, posisi badan membongkok dan pastikan belakang badan sentiasa lurus.

Pergerakan ini dilakukan dengan meluruskan badan selari dengan badan sambil menghembuskan nafas dan kembali ke posisi asal secara perlahan sambil menarik semula nafas.

Ulang gerakan ini 10-12 reps dengan bebanan tali yang bersesuaian.

Klik sini untuk dapatkan detail Muscle Rope: http://bit.ly/2k2vinT

 

STANDING TRICEPS EXTENSION

one-arm-overhead-triceps-extension.jpg

Senaman standing triceps extension menggunakan Muscle Rope ini dilakukan sambil berdiri dengan keadaan hujung tali ditahan dikaki seperti di dalam gambar.

Gerakan dimulakan dengan keadaan berdiri tegak dan tangan berada pada posisi belakang kepala selari dengan mata. Gerakan tangan sehingga lurus diatas kepala sambil menghembuskan nafas dan kembali pada posisi asal perlahan-lahan sambil menarik nafas.

Ulang gerakan ini untuk kedua-dua belah tangan dengan setiap satu 10-12 reps menggunakan bebanan tali Muscle Rope yang bersesuaian. Pastikan siku sentiasa menghadap ke atas semasa senaman ini dilakukan.

 

CROSS BODY TRICEPS EXTENSION

cross-body-triceps-extension.jpg

Senaman triceps menggunakan Muscle Rope ini juga memerlukan door anchor dipasang pada pintu.

Berdiri dengan jarak 1m daripada pintu. Pastikan kedudukan tangan berada pada paras dada dan mula meluruskan tangan sehinga selari dengan lantai. Lakukan gerakan ini sambil menghembuskan nafas dan kembali ke posisi asal dengan menarik nafas.

Lakukan gerakan triceps extension ini 10-12reps dengan bebanan yang ringan sebagai burn set.

 sixpack-logo

Dalam kata lain, senaman otot lengan bahagian triceps yang telah kita bincangkan ini semuanya memerlukan gerakan tangan dari posisi bengkok ke posisi tangan yang lurus. Ini kerana fungsi utama otot triceps ialah untuk meluruskan tangan.

Manakala fungsi utama otot biceps adalah untuk membengkokkan tangan.

Klik sini untuk dapatkan detail Muscle Rope: http://bit.ly/2k2vinT

 

 

FOLLOW US ON FACEBOOK: @THESIXPACKERZ

ABOUT US

THESIXPACKERZ ADALAH SALAH SATU ANAK SYARIKAT KEDAI PROTEIN SIXPACKERS, SYARIKAT TRADING YANG DITUBUHKAN UNTUK MEMBEKALKAN ALAT SENAMAN BERKUALITI TINGGI DAN TAHAN LASAK KHAS UNTUK MEREKA YANG TIADA MASA PERGI KE GYM DAN INGIN KEKAL FIT DENGAN BERSENAM DIRUMAH.

 

“KAMI BANTU ANDA KEKAL AKTIF”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s